Dari segi citarasa dah tentu ada orang suka pemandangan yang berbeza, jadi kat sini ada senarai kawasan pemandangan terbaik di Phuket untuk korang lawati.
VIEW POINT PROMTHEP CAPE
Promthep Cape (tanjung) ialah tempat yang paling selalu difotografikan juga lokasi terbaik yang pernah diketahui. Setiap petang banyak bas-bas persiaran, skuter dan kereta persendirian melalui Rawai dan ke puncak paling selatan di Phuket untuk melihat sendiri pertunjukan percuma paling menarik di Phuket - "Sunset"
Tetapi bukan ini saja yang ada di Promthep Cape ini, di puncaknya terdapat sebuah rumah api yang menyimpan pelbagai artifak menarik sejarah maritim juga pemandangan hebat kawasan sekitarnya.
Dari puncak Promthep ini, ada sesetengah pelawat turun hingga ke hujung tanjung tetapi kebanyakkannya hanya menunggu matahari terbenam dari atas saja lebih2 lagi yang datang dengan anak-anak kecil dan keluarga.
VIEW POINT KARON
Dikalangan penduduk tempatan, 'View Point' ini dikenali sebagai Khao Sam Had tetapi diatas sebab tertentu pihak berkuasa tempatan telah menamakan tempat ini 'Karon View Point' sebagai nama rasmi.
Pemandangan ke Utara dari ' view point ' ini adalah pemandangan ikon yang sering digambarkan dengan menampilkan ciri-ciri terbaik Phuket ; laut biru yg berkilauan, buih ombak dan pasir pantai yang putih bersih, serta pulau eksotik berdekatan iaitu Koh Pu dan lereng-lereng bukit yang menghijau.
Karon View Point ini terletak kira-kira 10 minit dari Pantai Kata ke puncaknya dan sekitar 10 minit jika turun ke Pantai Nai Harn. Dalam perjalan menuju puncak Karon View Point ada beberapa restoran dan agak sesuai untuk menikmati minum petang juga makan malam.

Dengan pilihan hidangan tempatan Thailand dan juga antarabangsa, diiringi alunan muzik reggae yang mengasyikan, tiupan bayu laut yang menyegarkan dan cahaya lilin di setiap meja pastinya memberikan pengalaman yang agak romantik bersama orang tersayang....dah macam candle light dinner pulak...
After Beach Bar, Karon Viewpoint. |
VIEWPOINT PANWA CAPE
Viewpoint Panwa juga dikenali sebagai Khao Khad View Tower mempunyai pemandangan penuh 360 darjah kawasan Selatan dan Timur Phuket. Terletak di dalam perjalan keluar ke Panwa Cape, tempat ni tidaklah begitu sibuk seperti Promthep Cape atau Big Buddha tetapi mempunyai tarikannya tersendiri.
Terdapat ruang parking yang luas di disini termasuk beberapa kafe dan kedai cenderahati. Untuk ke puncaknya korang perlu mendaki anak-anak tangga yang boleh tahan tingginya tetapi apa yang bakal menanti di puncaknya satu pengalaman yang tidak ternilai harganya. Menara tinjau disini ada 2 aras, dan aras paling atas tempat terbaik untuk menikmati pemandangan hebat disini.
Info Praktikal :
Chalong Bay yang terkenal sebagai lokasi aktivi menyelam terletak di sebelah bawah ke arah Selatan.
Makham Bay, Panwa Cape dan Pelabuhan laut dalam Phuket ke arah Timur.
Bandar Phuket ke arah Selatan dan dari jauh korang akan dapat lihat Patung Big Buddha duduk di puncak Bukit Nakkerd - satu pemandangan yang kelihatan eksotik tidak kira dalam apa jua keadaan cuaca.
Dari atas menara tinjau ini juga korang akan dapat melihat bekas tapak lombong biji timah yang kini dipenuhi takungan air hujan dan beberapa darinya digunakan sebagai sumber air.
Macam mana nak ke sini : Dengan menuju ke arah Panwa Cape melalui Jalan Sakdidet, selepas lebih kurang 3 kilometer korang akan nampak papan tanda di sebelah kanan jalan untuk ke Khad Khad Tower.
VIEW POINT WINDMILL
Pada hari minggu tempat ini juga menjadi tumpuan peminat-
peminat aktiviti kapal terbang kawalan jauh terbang bersama burung-burung liar seperti Helang Laut, dan Helang Brahminy Kites.
Sekian sudah untuk entri pasal viewpoint di Phuket, harap-harap dapat sedikit sebanyak bagi gambaran pada korang yang nak melancong ke Phuket, Thailand.....jumpa lagi....
-TravelMadness-
0 comments:
Post a Comment