VMY 2014

Visit Malaysia 2014

Resort Preview

Anantara Resort Spa, Thailand

Deluxe Seaview

Spacious luxury room

Beach Club

Relax your body n soul

Anantara's Spa

Reward yourself here

Raptor Watch 2013



Fenomena penghijrahan hidupan liar yang luar biasa terutama sekali burung-burung pemangsa di Semenanjung Malaysia merupakan satu suasana yang menakjubkan, dengan mempamerkan pertunjukan yang memukau, acara ini telah berjaya menarik minat peminat burung di serata dunia
Burung-burung pemangsa ini juga telah menakluk tempat di hati para peminat burung di Malaysia  dengan kecantikan, kemegahan dan kehebatan beraksi di ruang udara.

Setiap tahun, burung pemangsa ini akan membuat perjalanan berbahaya mereka dengan merentasi beribu-ribu batu bermula dari rumah mereka di Hemisfera Utara (Jepun, Siberia, Rusia, Mongolia, Korea dan lain-lain) untuk melarikan diri musim sejuk yang sukar ke Hemisfera Selatan (sekitar Oktober) dan mengulangi perjalanan mereka kembali pada musim bunga (sekitar Mac).
Pelbagai jenis burung pemangsa  akan berhimpun di Tanjung Tuan (Cape Rachado), Melaka selepas  terbang merentasi lautan dari pulau Sumatera, dan lain-lain pulau-pulau Indonesia, sebelum meneruskan baki perjalanan berbahaya mereka untuk kembali ke tempat asal.

Di Semenanjung Malaysia, tiada tempat lain yang dikenalpasti yang mempunyai fungsi yang sama seperti Tanjung Tuan. Jarak antara Tanjung Tuan dan Sumatera yang hanya 10 batu nautika menjadikannya titik laluan paling kecil dan selamat di Selat Melaka untuk burung pemangsa terbang menyeberangi dua daratan.

Dalam perjalanan terbang merentasi Selat Melaka, jarak antara Tanjung Tuan dan Sumatera yang hanya 10 batu nautika telah menjadikannya satu titik laluan paling kecil dan selamat untuk burung-burung ini merentasi dua daratan ini. Di Semenanjung Malaysia juga tiada tempat lain yang dikenalpasti untuk mempunyai fungsi ekosistem semulajadi yang sama seperti Tanjung Tuan.

Oleh itu, adalah penting supaya tanjung ini diberikan status pemuliharaan untuk memastikan kesinambungan fenomena penghijrahan ini. Merealisasikan kepentingan dan kepentingan kawasan ini menbuatkan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) memutuskan untuk memulakan dan menganjurkan Watch Raptor pertama iaitu pada bulan Mac 2000 dengan tujuan untuk mendidik dan memberi pengalaman dan fenomena indah ini kepada orang ramai.

Dan kali ini ia kembali lagi untuk tahun ke-14 berturut-turut. Raptor Watch kini merupakan acara eko-pelancongan terbaik dan terbesar di Malaysia dan juga satu mercu tanda kepada Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS).

Acara selama 2 hari dengan jangkaan pelawat seramai 5,000 orang termasuk pelawat tempatan dan pelancong luar Negara akan berlangsung pada 9hb dan 10hb Mac, 2013 di pekarangan PNB Ilham Resort, Tanjung Tuan. Dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk muzik hebat di konsert GREENaid, memerhati burung, merentas hutan, merentas persisir pantai, dan tidak terlepas “Amazing Raptor Hunt” dan perbincangan alam semulajadi, semua ini direka untuk mengubah sesiapa sahaja  untuk menjadi seorang yang mencintai alam semulajadi dengan serta merta.

Kami menjemput anda untuk menjadi sebahagian daripada acara yang unik yang akan mewujudkan kesan jangkamasa panjang dan sokongan semua adalah penting dalam memelihara warisan semulajadi Tanjung Tuan sambil meraikan keindahan pemandangan ruang udara burung-burung pemangsa.

"Let's get wild"

Raptor Watch 2012




APAKAH RAPTOR WATCH ?

RW yang dianjurkan oleh Persatuan Pencinta Alam Malaysia atau dikenali dengan MNS (Malaysia Nature Society) adalah satu festival untuk menyambut kembalinya burung-burung pemangsa yang dikenali sebagai 'raptor' yang singgah di dalam perjalanan pulang ke kawasan mengawan dan pembiakan mereka di hemisfera utara. RW ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan keprihatinan dalam pemuliharaan burung-burung pemangsa dan juga habitat semulajadinya.



BILAKAH RAPTOR WATCH ?

RW diadakan secara tahunan pada minggu pertama bulan Mac. Pada tahun 2012 acara ini akan diadakan pada 10 & 11 Mac 2012 (Sabtu & Ahad)


Walau bagaimana pun, musim penghijrahan burung-burung pemangsa ini bermula pada pertengahan bulan Febuari sehingga pertengahan bulan April. Pada sesiapa yang tidak berkesempatan untuk hadir ke acara rasmi RW 2012, anda masih boleh datang selama tempoh masa ini. Dengan pemerhatian selama beberapa tahun, pihak MNS telah menemui bahawa tempoh puncak untuk melihat burung-burung pemangsa ini adalah pada minggu pertama pada bulan Mac.


Walaupun dengan sokongan fakta saintifik, penghijrahan burun-burung pemangsa tidak boleh dipastikan. Alam semulajadi sungguh tidak dijangka, perubahan pada arah angin, kabus, dan hujan boleh menghalang burung-burung ini dari terbang dan membawa kepada "no bird day".



MASA TERBAIK MELIHAT RAPTOR

Masa terbaik untuk melihat burung adalah daripada jam 11 pagi sehinggalah jam 3 petang. Dalam masa lepas pernah direkodkan ada juga burung yang masih terbang sehingga lewat jam 6 petang. Sebab kenapa burung-burung ini terbang pada masa panas di siang hari adalah kerana mereka memerlukan bahang panas yang terbentuk daripada daratan yang dipanaskan oleh sinar matahari. Sebagai burung pemangsa yang bersaiz besar, mereka memerlukan bahang panas ini untuk membantu mereka meluncur di udara tanpa menggunakan tenaga untuk mengepakkan sayap mereka. Bahang panas ini akan membantu burung-burung ini untuk pulang ke kawasan pembiakan yang jauh di hemisfera utara dengan penggunaan tenaga yang minima.


BAGAIMANA KE RAPTOR WATCH ?

Rumah Api Tanjung Tuan terletak bersebelahan dengan Ilham Resort.


PNB Ilham Resort and Training Centre,
10th Mile, Tanjung Biru,
71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Tel : +606 - 662 6800
Fax : +606 - 662 5646

Map ke Ilham Resort / Rumah Api Tanjung tuan











RAPTOR DI TANJUNG TUAN


Brahminy Kite (Haliastur indus) L : 44-52cm WS : 110-125cm 

Black Baza (Aviceda leuphotes) L : 28-35cm WS : 64-74cm


Changeable Hawk-Eagle (Spizaetus cirrhatus) L : 58-77cm WS : 114-150cm 

Crested Serpent-Eagle (Spilornis cheela) L : 50-74cm WS : 109-169cm 

Eastern Marsh-Harrier (Circus spilonotus) L : 48-56cm WS : 113-137cm 

Greater Spotted Eagle (Aquila clanga) L : 59-71cm WS : 157-179cm 

Grey-faced Buzzard (Butastur indicus) L : 47-48cm WS : 101-111cm 

Japanese Sparrowhawk (Accipiter gularis) L : 23-30cm WS : 46-58cm 

Oriental (Crested) Honey-Buzzard (Pernis ptilorhynchus) L : 54-65cm WS : 128-155cm 

Osprey (Pandion haliaetus) L : 50-66cm WS : 127-174cm 

White-bellied Sea-Eagle (Haliaeetus leucogaster) L : 70-85cm WS : 178-218cm 

John Carter of Mars : 2012

JOHN CARTER OF MARS
WALT DISNEY PICTURES

Genre:                           Adventure/Sci-Fi
Rating:                          TBD                 
Release Date:                8 March 2012

Cast:                                         Taylor Kitsch, Lynn Collins, Samantha Morton, Mark Strong, Ciaran Hinds, Dominic West, James Purefoy, Daryl Sabara, Polly Walker, Bryan Cranston, with Thomas Hayden Church and Willem Dafoe
Director:                           Andrew Stanton
Producers:                      Jim Morris and Colin Wilson
Screenplay by:                Andrew Stanton & Mark Andrews (credit not final)
Based on the story by:     Edgar Rice Burroughs 



John Carter merupakan sebuah filem yang dikisahkan daripada novel A Princess of Mars yang diterbitkan lama dahulu. 1 Mac 2012 lepas..i dapat can tgk filem ni kat IMAX 3D TGV Sunway Pyramid..best tgk kat IMAX ni sebab 3D dia mmg sharp, clear n selesa sgt. Glass 3D dia pun mesra untuk org2 yg pakai spec mcm i ni..hahahahaa


Daripada pembuat filem yang telah memenangi anugerah di 'Academy Award' iaitu Andrew Stanton, filem John Carter of Mars ini adalah sebuah filem pengembaraan di atas sebuah tempat misteri dan eksotik iaitu planet Barsoom (marikh).


Kisah yang bermula dengan John Carter ( Taylor Kitsch) yang tidak menjangka telah dihantar ke Marikh dimana dia telah terlibat di dalam konflik antara populasi epik di Marikh, ini termasuklah Tars Tarkas (Willem Dafoe) dan puteri seksii Dejah Thoris (Lynn Collins). Di dalam dunia yang hampir musnah, John Carter telah menyedari bahawa masa depan serta kemusnahan planet Barsoon dan semua di atasnya kini terletak di dalam tangannya samada untuk mengabaikan atau menyelamatkan planet yang hampir mati ini.


Kedudahan Filem juga amat menarik dimana John telah dihantar semula ke bumi oleh musuhnya supaya tidak lagi menggangu urusan dan menggagalkan usaha menyelamatkan Barsoom. Dengan kebijaksanaan dan perancangan yang rapi, dan bertahun2 pencarian akhirnya John menemui apa yang dicari selama ini. Pendek kata korang mmg kene pergi tgk sendiri sebab klu cerita semua...mesti tak best kan..so tunggu 8hb nanti...


antara karakter2 dlm filem ini :


John Carter ( Taylor Kitsch )
“No good’ll come out of me fightin’ your war.”
Lahir di Virginia, John berkhidmat sebagai seorang pegawai tentera. Seorang yang sgt berpengalaman dan sgt2 diperlukan dalam pasukan tentera tetapi kesan daripada peperangan dan kehilangan anak dan isteri membuatkan john tidak mahu lagi terlibat dalam peperangan.

Dejah Thoris (Lynn Collins)
“If you had the means to save others, would you not take any action possible to make it so?”
Dejah Thoris merupakan seorang puteri Helium yang mempunyai paras rupa menawan dgn rambut berwarna gelap. Seorang yang pakar tentang teknologi dan sains. Dengan akhirnya menemui cara untuk mengimbangi kuasa antara negara Helium dan musuhnya Zodanga tetapi puteri jelita ini kesuntukan masa dan perlu meyakinkan John Carter untuk kembali berperang bersamanya untuk menyelamatkan Helium.

Colonel Powell (Bryan Cranston)
“Captain, I’m finding it difficult to reconcile the man on this piece of paper with the one I’m looking at.”
Seorang pegawai tentera berkuda yang cuba memujuk John untuk menyertai pasukannya dan mementang puak Apache.


Behind the scene : 








klu dlm filem menatang ni akan jadi binatang yg kononnya  unta Barsoom



Snapshot dari movie :


hero filem ni, John Carter
inilah Zodanga yang evil tu

heroin yg seksi Dejah Thoris

p/s : blogger2 atau sape2 yg nak gambar full resolution original...sila email k.





Gua Wang Burma, Perlis

Kalau cerita pasal gua kat negeri Perlis, org mesti akan terus fikir Gua Kelam betul tak..
Sebenarnya ada lagi beberapa gua di kawasan negeri Perlis ni dan ada diantaranya yg masih belum diteroka dan dibuka untuk pelawat.


Kali ni LM nak cerita pasal Gua Wang Burma...perkataan 'wang' tu bermaksud lembah dlm bahasa Thailand, jadi jgn nak salah tafsir dgn kaitan perkataan 'wang' tu dgn 'duit' ye..hehehe


Gua Wang Burma ni ade 2 bahagian, iaitu Gua Wang Burma 1 yang terdiri dari formasi batuan menarik seperti 'stalactite' dan 'stalagmite' manakala Gua Wang Burma 2 pula memerlukan gabungan kekuatan fizikal dan mental seperti merangkak di laluan sungai yang sempit.


Kat dalam Wang Burma ni juga ada berbagai hidupan unik seperti katak gergasi, 'whip scorpion', lipan, kelawar, 'striped cave racer', cengkerik gua dan juga beberapa jenis cendawan.


Untuk maklumat lanjut dan permit lawatan bolehlah menghubungi :
Jabatan Perhutanan Negeri Perlis di talian +604-9765966


Stalactite gergasi di Gua Wang Burma 1

Penerangan sebelum ke Gua Wang Burma 2

Laluan berair di Gua Wang Burma 2

Penghuni tetap kawasan gua

Ulat gonggok gergasi di pintu gua

Platform untuk kemudahan pelawat

Jalan masuk ke Gua Wang Burma 2

Gua Wang Burma 1

Laluan sempit yang mencabar

Formasi batuan yang memukau pandangan

'Cave Spider'

Cengkerik Gua sebesar tapak tangan dewasa

Karnival WOW Putrajaya 2012

23 Feb merupakan hari bermulanya Karnival WOW tahun ni..ape yg lain dgn tahun2 sebelum ni..mcm biasa Karnival WOW takkan complete klu takde Hot Air Balloon mcm sblom2 ni.. sape2 yg tak pernah merasa naik tu atau mungkin ade jugak yg tak pernah tgk…jom singgah ajak kawan2…kat mana…tapak karnival betul2 kat area depan Istana kehakiman putrajaya tu…

Yg pasti kali ni karnival ade upin & ipin, booth dari korea, indon, afrika dan beberapa Negara luar…so ptg tadi sempat lah merasa 2-3 masakan korea..hehehe..peminat2 hero2 malaya..fahrin ahmad pun ade same…

So event ni akan berterusan sampai hari ahad n sabtu ni ade konsert..dgr2 ramli sarip pun ade buat show..mesti best…so rugi sape tak dtg sebab river cruise putrajaya pun offer 50% diskaun utk servis diorang tu. Jumpa korang kat sane k…jgn lupe singgah ke booth majalah pelancongan terhebat abad ini, Majalah Santai Travel, Pelopor adventure team, red adventure 4x4 team dan lain2 lagi ( sebelah kanan pentas upin & ipin) dengan pelbagai tawaran istimewa hanya di Karnival WOW Putrajaya 2012 ini.


Lawatan VIP ke booth Santai / Pelopor

Penyerahan cenderahati dari Majalah Santai