Pulau Tioman, Rompin Pahang Darul Makmur


Fakta : Pulau tioman sebenar-benarnya adalah dibawah jajahan negeri Pahang, sy nyatakan kat sini sebab ramai yang ingat pulau yg cantik ni adalah di negeri Johor kerana jeti utama untuk ke pulau ini terletak di Mersing, Johor.

Tioman adalah rangkaian pulau gunung berapi yang terbesar di dalam kumpulan 64 buah pulau menjadikan ianya destinasi pilihan bagi yg mencari ketenangan, merentas desa, dan juga aktiviti sukan air.

Tioman yg terkenal sebagai taman permainan untuk penggemar sukan air menyediakan pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti ‘scuba diving’, ‘snorkeling’, memancing laut dalam, bersiar2 dgn bot, luncur angin dan yg terkini adalah luncur ombak.

Kat tioman ni juga adalah byk spot2 pilihan pelancong… antaranya seperti kg tekek, genting, paya, ayer batang, salang, nipah, juara dan mukut.

Macam mane nak ke pulau tioman…senang je..klu taka de transport, boleh lah naik bas express dari kl ke mersing dgn harga tiket sekitar RM30 sehala..pada yg nak drive pula..kat jeti mersing ni pun ada sediakan parking kereta dgn harga berpatutan dan selamat.

Dari mersing pulak…kene lah beli tiket feri ke pulau tioman dgn harga RM35 sehala untuk dewasa dan RM25 untuk kanak2…kat disini korang dinasihatkan utk beli terus tiket pergi dan balik. Perjalanan dgn feri ni mengambil masa lebih kurang 1.5 – 2 jam bergantung pada keadaan ombak dan pasang surut laut.

Bagi yg nak cepat pulak…Berjaya air ade sediakan perkhidmatan kapal terbang dari subang airport terus ke pulau tioman.

Feri ni akan singgah di setiap jeti atau kampung2 n korang boleh turun kat mana yg korang nak…mcm nek bas plak kan..

Harga resort pula bermula dari serendah rm45 hinggalah rm500 semalam…mengikut pada budget…pilihlah tempat penginapan yg bersesuaian….


Selamat bercuti….enjoy the photo…..


MAP OF TIOMAN ISLAND
LIVE SHELL FOUND ON THE BEACH


MR CRAB LOOKING SHARP AT ME


GARDEN VIEW CHALET


FRIENDS FROM HOLLAND


NITE LIFE BY THE BEACH


GARDEN VIEW CHALET - JUARA MUTIARA RESORT


LOCAL BAT CALLED 'KLUANG'


LOUNGE AREA - BEACH SHACK


SEA VIEW - DAMAI BEACH RESORT.

0 comments:

Post a Comment