Memory Lane, Ipoh

Kebetulan ada di Ipoh selama beberapa hari, sambil2 duduk minum n bersembang dgn org2 tempatan. Diorang ada bgtau dgn satu pasar yg agak unik namanya iaitu pasar karat. Kenape pasar karat,  jom kite gi tgk.

Terletak di belakang ‘The Store’ pekan lama Ipoh, terpampang satu pintu gerbang tertulis ‘Memory Lane’. Mcm brand kad hari jadi plak kan, hahahaha. Start je kat sini sy dah tertarik kat beberape gerai yg agak menarik. Ape yg dijual kan sini mmg menarik n pelik dan takkan korang jangkakan. Antara yg pelik adalah sabun dan shampoo hotel yg dlm botol kecik tu, ladam kuda, rim kereta, n yg paling special ade 1 group org2 lama layan jamming kat kaki 5 kedai je..mula2 nampak ingat diorang ni buat show sambil minta derma, lepas tanya diorang hanya jamming suka2 je..klaka n sporting pakcik2 ni..

Tempat ni terlalu unik kerana terlalu pelbagai brg yg dijual kat sini, ada yang baru, ada yg lama, ada juga yg rare mcm gramophone, mesin taip, bag luggage yg mcm dlm citer P.Ramlee dan barangan tembaga lama.

So, pada yg akan ke ipoh atau kawasn sekitar..jgn lupe singgah ke ‘Memory Lane’ ni. Tapi jgn dtg ptg pulak…waktu perniagaan kat sini dari awal pagi hingga sekitar jam 2pm sahaja…jgn sampai terlepas pulak ye…

Ladam kuda pun ade jual.

Sape teringin collect shampoo hotel bole beli..

Stylo uncle ni

Seepot rim lama...

Ramai kan yg dtg pasar karat ni...




pakcik2 jamming secara live 
MEMORY LANE

0 comments:

Post a Comment