Muzium Perang, Batu Maung

Dalam lawatan ke Pulau Pinang baru2 ni..dalam jadual lawatan ada lah ‘spooky tour’.ada yg rasa kelakar ade yg rasa suspen..tapi lepas dibawa ke lokasi lawatan, sy akui tempat itu sendiri mmg dah ‘spooky’, hahahahahahaa….kenape nanti sy cerita slow2.

Menurut guide yg bawa kami tour mlm tu, kawasan ini merupakan tapak asal bekas kubu pertahanan British sebelum di ambil alih oleh tentera Jepun kemudiannya.  So sebab tu sy kate…tempat ni sendiri pun mmg dah ‘spooky’dan semua lawatan disebelah mlm wajib ditemani beberapa org renjer tempatan.

Antara yg sempat kitorang lawat adalah tapak meriam anti udara yg dimusnahkan oleh pihak british sendiri utk mengelakkan dari ditawan tentera jepun. Besar gile tapak ni dan guide sempat juga tunjuk peluru asal meriam ni dan jaga2 sebab masih aktif.

Seterusnya kami ke satu bilik yg digunakan untuk menembak mati tahanan perang. Kesan tembakan pada dinding masih jelas kelihatan dan menurut juru pandu, ketika bilik itu dijumpai bau hamis darah masih jelas dihidu sampai sekarang.

Kat sini pun ada byk terowong bawah tanah dan kami turut dibawa melaui terowong2 ni dan naik ke permukaan tanah menaiki tangga menegak setinggi lebih kurang 20 meter yg hanya muat utk seorang sahaja.

Tak abes kat sini, dibawa pula ke berek2 askar british atau bilik tahanan apabila jepun ambil alih. Ada juga berek2 yang ditukar menjadi tempat simpanan perempuan yg dijadikan hamba seks ketika penjajahan jepun.  Keadaan yg suram menjadikan sesi lawatan menjadi semakin menyeramkan dgn berada si lokasi kejadian sebenar kekejaman perang dahulu.

Antara tempat yg paling menyeramkan di kawasaan ini adalah tempat yang dijadikan tentera jepun untuk memotong kepala musuhnya dan di sebuah terowong menegak yg digunakan utk menyimpan peluru dan bom kapal oleh british..tetapi setelah ditawan jepun, terowong itu dijadikan tempat untuk menggantung org dan kemudian memotong kepala tahanan tersebut dan kesemua mayat akan berlonggok di bawah terowong. So u’olls fikir sendiri lah seram ke tak tempat ni…dan klu ada di penang, better pergi dan rasai sendiri pengalaman ‘spooky tour’ kat muzium perang, batu maung, pulau pinang ni….terima kasih pada tourism Malaysia penang atas lawatan ini.


Peluru meriam yg masih aktif

Terowong ke tempat simpanan senjata dan tempat membuang mayat pada zaman jepun

Terowong bawah tanah

Laluan sempit utk ke laluan tangga menegak ke permukaan tanah



Gurkha atau askar dari india 

Lakonan semula tahan perang jepun

Peralatan untuk menyeksa tahanan perang

Bilik yang pernah dijadikan bilik simpanan hamba seks jepun

Lakonan semula tahanan perang jepun

Pintu utama muzium perang

0 comments:

Post a Comment