Sebenarnya ada lagi beberapa gua di kawasan negeri Perlis ni dan ada diantaranya yg masih belum diteroka dan dibuka untuk pelawat.
Kali ni LM nak cerita pasal Gua Wang Burma...perkataan 'wang' tu bermaksud lembah dlm bahasa Thailand, jadi jgn nak salah tafsir dgn kaitan perkataan 'wang' tu dgn 'duit' ye..hehehe
Gua Wang Burma ni ade 2 bahagian, iaitu Gua Wang Burma 1 yang terdiri dari formasi batuan menarik seperti 'stalactite' dan 'stalagmite' manakala Gua Wang Burma 2 pula memerlukan gabungan kekuatan fizikal dan mental seperti merangkak di laluan sungai yang sempit.
Kat dalam Wang Burma ni juga ada berbagai hidupan unik seperti katak gergasi, 'whip scorpion', lipan, kelawar, 'striped cave racer', cengkerik gua dan juga beberapa jenis cendawan.
Untuk maklumat lanjut dan permit lawatan bolehlah menghubungi :
Jabatan Perhutanan Negeri Perlis di talian +604-9765966
Stalactite gergasi di Gua Wang Burma 1 |
Penerangan sebelum ke Gua Wang Burma 2 |
Laluan berair di Gua Wang Burma 2 |
Penghuni tetap kawasan gua |
Ulat gonggok gergasi di pintu gua |
Platform untuk kemudahan pelawat |
Jalan masuk ke Gua Wang Burma 2 |
Gua Wang Burma 1 |
Laluan sempit yang mencabar |
Formasi batuan yang memukau pandangan |
'Cave Spider' |
Cengkerik Gua sebesar tapak tangan dewasa |
0 comments:
Post a Comment