Raptor Watch 2012




APAKAH RAPTOR WATCH ?

RW yang dianjurkan oleh Persatuan Pencinta Alam Malaysia atau dikenali dengan MNS (Malaysia Nature Society) adalah satu festival untuk menyambut kembalinya burung-burung pemangsa yang dikenali sebagai 'raptor' yang singgah di dalam perjalanan pulang ke kawasan mengawan dan pembiakan mereka di hemisfera utara. RW ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan keprihatinan dalam pemuliharaan burung-burung pemangsa dan juga habitat semulajadinya.



BILAKAH RAPTOR WATCH ?

RW diadakan secara tahunan pada minggu pertama bulan Mac. Pada tahun 2012 acara ini akan diadakan pada 10 & 11 Mac 2012 (Sabtu & Ahad)


Walau bagaimana pun, musim penghijrahan burung-burung pemangsa ini bermula pada pertengahan bulan Febuari sehingga pertengahan bulan April. Pada sesiapa yang tidak berkesempatan untuk hadir ke acara rasmi RW 2012, anda masih boleh datang selama tempoh masa ini. Dengan pemerhatian selama beberapa tahun, pihak MNS telah menemui bahawa tempoh puncak untuk melihat burung-burung pemangsa ini adalah pada minggu pertama pada bulan Mac.


Walaupun dengan sokongan fakta saintifik, penghijrahan burun-burung pemangsa tidak boleh dipastikan. Alam semulajadi sungguh tidak dijangka, perubahan pada arah angin, kabus, dan hujan boleh menghalang burung-burung ini dari terbang dan membawa kepada "no bird day".



MASA TERBAIK MELIHAT RAPTOR

Masa terbaik untuk melihat burung adalah daripada jam 11 pagi sehinggalah jam 3 petang. Dalam masa lepas pernah direkodkan ada juga burung yang masih terbang sehingga lewat jam 6 petang. Sebab kenapa burung-burung ini terbang pada masa panas di siang hari adalah kerana mereka memerlukan bahang panas yang terbentuk daripada daratan yang dipanaskan oleh sinar matahari. Sebagai burung pemangsa yang bersaiz besar, mereka memerlukan bahang panas ini untuk membantu mereka meluncur di udara tanpa menggunakan tenaga untuk mengepakkan sayap mereka. Bahang panas ini akan membantu burung-burung ini untuk pulang ke kawasan pembiakan yang jauh di hemisfera utara dengan penggunaan tenaga yang minima.


BAGAIMANA KE RAPTOR WATCH ?

Rumah Api Tanjung Tuan terletak bersebelahan dengan Ilham Resort.


PNB Ilham Resort and Training Centre,
10th Mile, Tanjung Biru,
71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Tel : +606 - 662 6800
Fax : +606 - 662 5646

Map ke Ilham Resort / Rumah Api Tanjung tuan











RAPTOR DI TANJUNG TUAN


Brahminy Kite (Haliastur indus) L : 44-52cm WS : 110-125cm 

Black Baza (Aviceda leuphotes) L : 28-35cm WS : 64-74cm


Changeable Hawk-Eagle (Spizaetus cirrhatus) L : 58-77cm WS : 114-150cm 

Crested Serpent-Eagle (Spilornis cheela) L : 50-74cm WS : 109-169cm 

Eastern Marsh-Harrier (Circus spilonotus) L : 48-56cm WS : 113-137cm 

Greater Spotted Eagle (Aquila clanga) L : 59-71cm WS : 157-179cm 

Grey-faced Buzzard (Butastur indicus) L : 47-48cm WS : 101-111cm 

Japanese Sparrowhawk (Accipiter gularis) L : 23-30cm WS : 46-58cm 

Oriental (Crested) Honey-Buzzard (Pernis ptilorhynchus) L : 54-65cm WS : 128-155cm 

Osprey (Pandion haliaetus) L : 50-66cm WS : 127-174cm 

White-bellied Sea-Eagle (Haliaeetus leucogaster) L : 70-85cm WS : 178-218cm 

0 comments:

Post a Comment