VMY 2014

Visit Malaysia 2014

Resort Preview

Anantara Resort Spa, Thailand

Deluxe Seaview

Spacious luxury room

Beach Club

Relax your body n soul

Anantara's Spa

Reward yourself here

Gua Wang Burma, Perlis

Kalau cerita pasal gua kat negeri Perlis, org mesti akan terus fikir Gua Kelam betul tak..
Sebenarnya ada lagi beberapa gua di kawasan negeri Perlis ni dan ada diantaranya yg masih belum diteroka dan dibuka untuk pelawat.


Kali ni LM nak cerita pasal Gua Wang Burma...perkataan 'wang' tu bermaksud lembah dlm bahasa Thailand, jadi jgn nak salah tafsir dgn kaitan perkataan 'wang' tu dgn 'duit' ye..hehehe


Gua Wang Burma ni ade 2 bahagian, iaitu Gua Wang Burma 1 yang terdiri dari formasi batuan menarik seperti 'stalactite' dan 'stalagmite' manakala Gua Wang Burma 2 pula memerlukan gabungan kekuatan fizikal dan mental seperti merangkak di laluan sungai yang sempit.


Kat dalam Wang Burma ni juga ada berbagai hidupan unik seperti katak gergasi, 'whip scorpion', lipan, kelawar, 'striped cave racer', cengkerik gua dan juga beberapa jenis cendawan.


Untuk maklumat lanjut dan permit lawatan bolehlah menghubungi :
Jabatan Perhutanan Negeri Perlis di talian +604-9765966


Stalactite gergasi di Gua Wang Burma 1

Penerangan sebelum ke Gua Wang Burma 2

Laluan berair di Gua Wang Burma 2

Penghuni tetap kawasan gua

Ulat gonggok gergasi di pintu gua

Platform untuk kemudahan pelawat

Jalan masuk ke Gua Wang Burma 2

Gua Wang Burma 1

Laluan sempit yang mencabar

Formasi batuan yang memukau pandangan

'Cave Spider'

Cengkerik Gua sebesar tapak tangan dewasa

Karnival WOW Putrajaya 2012

23 Feb merupakan hari bermulanya Karnival WOW tahun ni..ape yg lain dgn tahun2 sebelum ni..mcm biasa Karnival WOW takkan complete klu takde Hot Air Balloon mcm sblom2 ni.. sape2 yg tak pernah merasa naik tu atau mungkin ade jugak yg tak pernah tgk…jom singgah ajak kawan2…kat mana…tapak karnival betul2 kat area depan Istana kehakiman putrajaya tu…

Yg pasti kali ni karnival ade upin & ipin, booth dari korea, indon, afrika dan beberapa Negara luar…so ptg tadi sempat lah merasa 2-3 masakan korea..hehehe..peminat2 hero2 malaya..fahrin ahmad pun ade same…

So event ni akan berterusan sampai hari ahad n sabtu ni ade konsert..dgr2 ramli sarip pun ade buat show..mesti best…so rugi sape tak dtg sebab river cruise putrajaya pun offer 50% diskaun utk servis diorang tu. Jumpa korang kat sane k…jgn lupe singgah ke booth majalah pelancongan terhebat abad ini, Majalah Santai Travel, Pelopor adventure team, red adventure 4x4 team dan lain2 lagi ( sebelah kanan pentas upin & ipin) dengan pelbagai tawaran istimewa hanya di Karnival WOW Putrajaya 2012 ini.


Lawatan VIP ke booth Santai / Pelopor

Penyerahan cenderahati dari Majalah Santai








Muzium Perang, Batu Maung

Dalam lawatan ke Pulau Pinang baru2 ni..dalam jadual lawatan ada lah ‘spooky tour’.ada yg rasa kelakar ade yg rasa suspen..tapi lepas dibawa ke lokasi lawatan, sy akui tempat itu sendiri mmg dah ‘spooky’, hahahahahahaa….kenape nanti sy cerita slow2.

Menurut guide yg bawa kami tour mlm tu, kawasan ini merupakan tapak asal bekas kubu pertahanan British sebelum di ambil alih oleh tentera Jepun kemudiannya.  So sebab tu sy kate…tempat ni sendiri pun mmg dah ‘spooky’dan semua lawatan disebelah mlm wajib ditemani beberapa org renjer tempatan.

Antara yg sempat kitorang lawat adalah tapak meriam anti udara yg dimusnahkan oleh pihak british sendiri utk mengelakkan dari ditawan tentera jepun. Besar gile tapak ni dan guide sempat juga tunjuk peluru asal meriam ni dan jaga2 sebab masih aktif.

Seterusnya kami ke satu bilik yg digunakan untuk menembak mati tahanan perang. Kesan tembakan pada dinding masih jelas kelihatan dan menurut juru pandu, ketika bilik itu dijumpai bau hamis darah masih jelas dihidu sampai sekarang.

Kat sini pun ada byk terowong bawah tanah dan kami turut dibawa melaui terowong2 ni dan naik ke permukaan tanah menaiki tangga menegak setinggi lebih kurang 20 meter yg hanya muat utk seorang sahaja.

Tak abes kat sini, dibawa pula ke berek2 askar british atau bilik tahanan apabila jepun ambil alih. Ada juga berek2 yang ditukar menjadi tempat simpanan perempuan yg dijadikan hamba seks ketika penjajahan jepun.  Keadaan yg suram menjadikan sesi lawatan menjadi semakin menyeramkan dgn berada si lokasi kejadian sebenar kekejaman perang dahulu.

Antara tempat yg paling menyeramkan di kawasaan ini adalah tempat yang dijadikan tentera jepun untuk memotong kepala musuhnya dan di sebuah terowong menegak yg digunakan utk menyimpan peluru dan bom kapal oleh british..tetapi setelah ditawan jepun, terowong itu dijadikan tempat untuk menggantung org dan kemudian memotong kepala tahanan tersebut dan kesemua mayat akan berlonggok di bawah terowong. So u’olls fikir sendiri lah seram ke tak tempat ni…dan klu ada di penang, better pergi dan rasai sendiri pengalaman ‘spooky tour’ kat muzium perang, batu maung, pulau pinang ni….terima kasih pada tourism Malaysia penang atas lawatan ini.


Peluru meriam yg masih aktif

Terowong ke tempat simpanan senjata dan tempat membuang mayat pada zaman jepun

Terowong bawah tanah

Laluan sempit utk ke laluan tangga menegak ke permukaan tanah



Gurkha atau askar dari india 

Lakonan semula tahan perang jepun

Peralatan untuk menyeksa tahanan perang

Bilik yang pernah dijadikan bilik simpanan hamba seks jepun

Lakonan semula tahanan perang jepun

Pintu utama muzium perang

Memory Lane, Ipoh

Kebetulan ada di Ipoh selama beberapa hari, sambil2 duduk minum n bersembang dgn org2 tempatan. Diorang ada bgtau dgn satu pasar yg agak unik namanya iaitu pasar karat. Kenape pasar karat,  jom kite gi tgk.

Terletak di belakang ‘The Store’ pekan lama Ipoh, terpampang satu pintu gerbang tertulis ‘Memory Lane’. Mcm brand kad hari jadi plak kan, hahahaha. Start je kat sini sy dah tertarik kat beberape gerai yg agak menarik. Ape yg dijual kan sini mmg menarik n pelik dan takkan korang jangkakan. Antara yg pelik adalah sabun dan shampoo hotel yg dlm botol kecik tu, ladam kuda, rim kereta, n yg paling special ade 1 group org2 lama layan jamming kat kaki 5 kedai je..mula2 nampak ingat diorang ni buat show sambil minta derma, lepas tanya diorang hanya jamming suka2 je..klaka n sporting pakcik2 ni..

Tempat ni terlalu unik kerana terlalu pelbagai brg yg dijual kat sini, ada yang baru, ada yg lama, ada juga yg rare mcm gramophone, mesin taip, bag luggage yg mcm dlm citer P.Ramlee dan barangan tembaga lama.

So, pada yg akan ke ipoh atau kawasn sekitar..jgn lupe singgah ke ‘Memory Lane’ ni. Tapi jgn dtg ptg pulak…waktu perniagaan kat sini dari awal pagi hingga sekitar jam 2pm sahaja…jgn sampai terlepas pulak ye…

Ladam kuda pun ade jual.

Sape teringin collect shampoo hotel bole beli..

Stylo uncle ni

Seepot rim lama...

Ramai kan yg dtg pasar karat ni...




pakcik2 jamming secara live 
MEMORY LANE

Pulau Tioman, Rompin Pahang Darul Makmur


Fakta : Pulau tioman sebenar-benarnya adalah dibawah jajahan negeri Pahang, sy nyatakan kat sini sebab ramai yang ingat pulau yg cantik ni adalah di negeri Johor kerana jeti utama untuk ke pulau ini terletak di Mersing, Johor.

Tioman adalah rangkaian pulau gunung berapi yang terbesar di dalam kumpulan 64 buah pulau menjadikan ianya destinasi pilihan bagi yg mencari ketenangan, merentas desa, dan juga aktiviti sukan air.

Tioman yg terkenal sebagai taman permainan untuk penggemar sukan air menyediakan pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti ‘scuba diving’, ‘snorkeling’, memancing laut dalam, bersiar2 dgn bot, luncur angin dan yg terkini adalah luncur ombak.

Kat tioman ni juga adalah byk spot2 pilihan pelancong… antaranya seperti kg tekek, genting, paya, ayer batang, salang, nipah, juara dan mukut.

Macam mane nak ke pulau tioman…senang je..klu taka de transport, boleh lah naik bas express dari kl ke mersing dgn harga tiket sekitar RM30 sehala..pada yg nak drive pula..kat jeti mersing ni pun ada sediakan parking kereta dgn harga berpatutan dan selamat.

Dari mersing pulak…kene lah beli tiket feri ke pulau tioman dgn harga RM35 sehala untuk dewasa dan RM25 untuk kanak2…kat disini korang dinasihatkan utk beli terus tiket pergi dan balik. Perjalanan dgn feri ni mengambil masa lebih kurang 1.5 – 2 jam bergantung pada keadaan ombak dan pasang surut laut.

Bagi yg nak cepat pulak…Berjaya air ade sediakan perkhidmatan kapal terbang dari subang airport terus ke pulau tioman.

Feri ni akan singgah di setiap jeti atau kampung2 n korang boleh turun kat mana yg korang nak…mcm nek bas plak kan..

Harga resort pula bermula dari serendah rm45 hinggalah rm500 semalam…mengikut pada budget…pilihlah tempat penginapan yg bersesuaian….


Selamat bercuti….enjoy the photo…..


MAP OF TIOMAN ISLAND
LIVE SHELL FOUND ON THE BEACH


MR CRAB LOOKING SHARP AT ME


GARDEN VIEW CHALET


FRIENDS FROM HOLLAND


NITE LIFE BY THE BEACH


GARDEN VIEW CHALET - JUARA MUTIARA RESORT


LOCAL BAT CALLED 'KLUANG'


LOUNGE AREA - BEACH SHACK


SEA VIEW - DAMAI BEACH RESORT.