VMY 2014

Visit Malaysia 2014

Resort Preview

Anantara Resort Spa, Thailand

Deluxe Seaview

Spacious luxury room

Beach Club

Relax your body n soul

Anantara's Spa

Reward yourself here

VIEW POINT POPULAR PHUKET

VIEW POINT POPULAR PHUKET

Phuket mempunyai kawasan pemandangan yang cukup indah dan yang paling hebat ialah korang tak perlu berjalan jauh untuk menikmati pemandangan ini. Tak kira samada pemandangan matahari terbenam, panorama 360 darjah kawasan selatan pulau, atau pemandangan dari atas bandar Phuket, semuanya di dalam genggaman korang dalam beberapa minit, apa yang diperlukan cuma roda untuk bergerak....

Dari segi citarasa dah tentu ada orang suka pemandangan yang berbeza, jadi kat sini ada senarai kawasan pemandangan terbaik di Phuket untuk korang lawati.


VIEW POINT PROMTHEP CAPE


Promthep Cape (tanjung) ialah tempat yang paling selalu difotografikan juga lokasi terbaik yang pernah diketahui. Setiap petang banyak bas-bas persiaran, skuter dan kereta persendirian melalui Rawai dan ke puncak paling selatan di Phuket untuk melihat sendiri pertunjukan percuma paling menarik di Phuket - "Sunset"

Tetapi bukan ini saja yang ada di Promthep Cape ini, di puncaknya terdapat sebuah rumah api yang menyimpan pelbagai artifak menarik sejarah maritim juga pemandangan hebat kawasan sekitarnya.

Rumah api ini berhawa dingin dan jika naik ke balkoni atasnya korang boleh melihat bentuk tersendiri Pulau Phi Phi, Pulau Racha Yai dan Pulau Racha Noi dan jika cuaca baik korang dapat lihat keseluruhan pulau berhampiran seperti Pulau Kiaow dan kuil-kuil Budha yang terdapat di sekelilingnya.




Dari puncak Promthep ini, ada sesetengah pelawat turun hingga ke hujung tanjung tetapi kebanyakkannya hanya menunggu matahari terbenam dari atas saja lebih2 lagi yang datang dengan anak-anak kecil dan keluarga.


 






VIEW POINT KARON

Karon View Point adalah kawasan View Point yang paling sering dilawati di Phuket. Dari sini korang boleh melihat view pantai Kata Noi, Kata Yai dan juga pantai Karon. Terletak diantara pantai Nai Harn dan Kata Noi, View Point ini memang selalu dipenuhi pelawat setiap hari.

Dikalangan penduduk tempatan, 'View Point' ini dikenali sebagai Khao Sam Had tetapi diatas sebab tertentu pihak berkuasa tempatan telah menamakan tempat ini 'Karon View Point' sebagai nama rasmi.

Pemandangan ke Utara dari ' view point ' ini adalah pemandangan ikon yang sering digambarkan dengan menampilkan ciri-ciri terbaik Phuket ; laut biru yg berkilauan, buih ombak dan pasir pantai yang putih bersih, serta pulau eksotik berdekatan iaitu Koh Pu dan lereng-lereng bukit yang menghijau.













Karon View Point ini terletak kira-kira 10 minit dari Pantai Kata ke puncaknya dan sekitar 10 minit jika turun ke Pantai Nai Harn. Dalam perjalan menuju puncak Karon View Point ada beberapa restoran dan agak sesuai untuk menikmati minum petang juga makan malam. 


Salah satu restoran yang menarik minat adalah 'After Beach Bar' juga dikenali sebagai 'Reggae Bar'. Dengar nama Reggae Bar mesti ada yang berfikir negatif kan, tempat ni nama saja bar tapi sebenarnya sebuah restoran di atas bukit dengan pemandangan terbuka mengadap ke Pantai Kata Noi. 
Dengan pilihan hidangan tempatan Thailand dan juga antarabangsa, diiringi alunan muzik reggae yang mengasyikan, tiupan bayu laut yang menyegarkan dan cahaya lilin di setiap meja pastinya memberikan pengalaman yang agak romantik bersama orang tersayang....dah macam candle light dinner pulak...
After Beach Bar, Karon Viewpoint.

















VIEWPOINT  PANWA CAPE


Viewpoint Panwa juga dikenali sebagai Khao Khad View Tower mempunyai pemandangan penuh 360 darjah kawasan Selatan dan Timur Phuket. Terletak di dalam perjalan keluar ke Panwa Cape, tempat ni tidaklah begitu sibuk seperti Promthep Cape atau Big Buddha tetapi mempunyai tarikannya tersendiri. 






Terdapat ruang parking yang luas di disini termasuk beberapa kafe dan kedai cenderahati. Untuk ke puncaknya korang perlu mendaki anak-anak tangga yang boleh tahan tingginya tetapi apa yang bakal menanti di puncaknya satu pengalaman yang tidak ternilai harganya. Menara tinjau disini ada 2 aras, dan aras paling atas tempat terbaik untuk menikmati pemandangan hebat disini.

Info Praktikal :

Chalong Bay yang terkenal sebagai lokasi aktivi menyelam terletak di sebelah bawah ke arah Selatan.

Makham Bay, Panwa Cape dan Pelabuhan laut dalam Phuket ke arah Timur.

Bandar Phuket ke arah Selatan dan dari jauh korang akan dapat lihat Patung Big Buddha duduk di puncak Bukit Nakkerd - satu pemandangan yang kelihatan eksotik tidak kira dalam apa jua keadaan cuaca.

Dari atas menara tinjau ini juga korang akan dapat melihat bekas tapak lombong biji timah yang kini dipenuhi takungan air hujan dan beberapa darinya digunakan sebagai sumber air. 


















Macam mana nak ke sini : Dengan menuju ke arah Panwa Cape melalui Jalan Sakdidet, selepas lebih kurang 3 kilometer korang akan nampak papan tanda di sebelah kanan jalan untuk ke Khad Khad Tower.



VIEW POINT WINDMILL

Viewpoint Windmill ini terletak diantara Pantai Ya Nui dan Pantai Nai Harn. Tidak jauh dari Viewpoint Promthep Cape. Disini terdapat beberapa kincir angin berwarna putih yang tinggi dan mengadap ke arah laut terbuka memang sesuai untuk bergambar. Pemandangan disini mempunyai ciri-ciri sama dengan Viewpoint Promthep Cape cuma suasana disini lebih senyap dan tenang.

Dari viewpoint ini, jauh kebawah bilah-bilah gergasi yang menjana sumber elektrik untuk kawasan ini korang dapat melihat lalulintas lautan seperti bot pancung, bot-bot nelayan menuju lautan Andaman, kapal-kapal tangki dan juga kapal persiaran gergasi yang datang dan menuju pulang ke Singapura dan Malaysia.

Pada hari minggu tempat ini juga menjadi tumpuan peminat-
peminat aktiviti kapal terbang kawalan jauh terbang bersama burung-burung liar seperti Helang Laut, dan Helang Brahminy Kites.





Sekian sudah untuk entri pasal viewpoint di Phuket, harap-harap dapat sedikit sebanyak bagi gambaran pada korang yang nak melancong ke Phuket, Thailand.....jumpa lagi....

-TravelMadness-
BIG BUDDHA

Big Buddha adalah salah satu mercu tanda paling penting dan dihormati di Phuket. Patung Buddha gergasi ini terbina di atas sebuah bukit diantara Chalong dan Kata, dan dengan ketinggian 45 meter imej Buddha ini mudah dan jelas dilihat dari jauh.










Kedudukannya yang strategik ini menawarkan pemandangan 360 darjah pulau ini serta mudah dihubungi dengan jalan berturap sepanjang 6 kilometer yang dihubungkan dengan jalan utama ke bandar Phuket ianya merupakan yang harus dilawati di sini.















INFO PRAKTIKAL BIG BUDDHA

PAKAIAN

Elakkan pakaian singkat seperti skirt pendek atau t-shirt dengan kata-kata atau gambar berunsur negatif. Jika korang rasa pakaian korang agak menjolok mata bagi sesebuah kawasan beribadat korang boleh pinjam kain sarung atau skarf yang disediakan percuma kat sini.

TAHUKAH ANDA?

Nakkerd Sea View Restaurant yang terletak berhampiran Big Buddha agak sempurna untuk berehat sebentar selepas melawat, makanan di sini agak ok dari segi rasa dan harga serta pemandangannya yang sudah tentu sangat menarik.

Jalan menuju atas dalam keadaan baik dan boleh memandu ke atas tetapi ada juga sesetengah pelawat yang memilih untuk berjalan kaki dan mengambil masa sekitar 1 jam untuk sampai ke atas.

Waktu Operasi : Dari 8.00 pagi - 7.30 ptg. Jika ingin merebut suasana matahari terbenam dari salah satu spot terbaik Phuket, cuba untuk ada di lokasi pilihan sebelum jam 6.30 ptg.

Bagaimana untuk kesini: Melalui jalan utama dari Bandar Phuket menuju Chalong / Rawai / Kata, korang akan dapat lihat banyak papan tanda menuju ke Big Buddha ni dan pastinya korang takkan terlepas pandang.



SUMBANGAN BATU MARMAR DARI PELAWAT

PEMANDANGAN DARI PUNCAK

HASIL SETELAH 3 BULAN MENGUKIR



Jom ke Phuket, Thailand



Salam enjoy kat semua... cerita pasal Phuket, Thailand rasanya semua tau Phuket tu apa... tapi untuk yang belom pernah ke sana mesti agak susah nak merancang kan, lagi2 yang suke travel bersendirian....jangan risau sebab entry kali ni akan guide korang dengan seberapa banyak info yang boleh.

Sedikit info tentang Phuket, ianya adalah sebuah pulau terbesar di Thailand dan ada banyak pulau-pulau kecil di dalam kawasan Phuket.

Mudah je kalau nak ke Phuket, ada macam2 cara dan terpulang pada korang nak pilih yang mana..pilihan yang ada termasuk bas,keretapi,naik kapal terbang atau drive sendiri.
Paling mudah naik kapal terbang dan mendarat kat Phuket International Airport (HKT). Dari sini korang boleh ambil teksi atau bas untuk ke bandar Phuket.

Sapa yang suke jalan-jalan atau backpack..korang boleh cuba naik bas atau keretapi ke Hatyai, Thailand. 

Dari Hatyai korang boleh terus ke Phuket dengan bas melalui daerah Phattalung, Trang, Krabi, dan Phang Nga. Tambang bas dari Hatyai ke Phuket adalah dari THB 535 (1st class) dan THB 344 (2nd Class).

Hatyai - Trang      : 2 jam
Trang  - Krabi       : 2 jam
Krabii - Phuket    : 3 jam

Kalau korang singgah di Krabi dan bermalam di sana, korang boleh ke Phuket menggunakan bot yang akan melalui pulau terkenal di Phuket iaitu Pulau Phi Phi. Tambang bot ke Phuket dari Krabi sekitar THB 500 - THB 650 bergantung kepada operator bot. Perjalanan menggunakan bot dari Krabi mengambil masa sekitar 1 jam.

Sampai kat Phuket tak perlu fikir banyak sebab semua ada kat sini, byk pilihan hotel dari yg berharga THB500 sampai lah ke hotel 5 bintang...

Untuk bergerak di sekitar Phuket tersangat lah senang, korang boleh naik Tuk-tuk untuk ke kawasan sekitar tapi korang kene jaga2 sikit dengan Tuk-Tuk ni..

kenapa, sebab diorang biasanya akan main harga dengan pelancong dan agak agresif bile kita mula untuk tawar menawar. jadi klu korang boleh bawak motor lagi senang klu korang sewa motor je.

Takde lesen antarabangsa xde masalah, kat Phuket ni yang penting korang pakai helmet so korang 80% selamat dari polis tempatan. Sewa motor kat sini bergantung pada motor apa yg korang sewa, dgn serendah THB200 sehari untuk motor kapcai mcm EGO, CLICK, SCOOPY-i yg cute. Korang jugak boleh sewa motor yang lebih berkuasa mcm scooter 250CC, scooter 500cc, CBR600, Versys, Yahama R1, dan jgn pelik sebab nak sewa Harley Davidson pun ada.

So kesimpulannya Phuket ni xdalah susah mana kalau nak pergi tak kira sendiri atau dengan family dan harap2 info ni berguna utk korang semua.

Next entry, kite nak guide pasal tempat2 best yg patut dan tak patut dilawati di Phuket....enjoyyyyyy.



POPULAR SCOOPY-i SCOOTER IN PHUKET


SUPERBIKE FOR RENT IN PATONG BEACH