BIG BUDDHA

Big Buddha adalah salah satu mercu tanda paling penting dan dihormati di Phuket. Patung Buddha gergasi ini terbina di atas sebuah bukit diantara Chalong dan Kata, dan dengan ketinggian 45 meter imej Buddha ini mudah dan jelas dilihat dari jauh.










Kedudukannya yang strategik ini menawarkan pemandangan 360 darjah pulau ini serta mudah dihubungi dengan jalan berturap sepanjang 6 kilometer yang dihubungkan dengan jalan utama ke bandar Phuket ianya merupakan yang harus dilawati di sini.















INFO PRAKTIKAL BIG BUDDHA

PAKAIAN

Elakkan pakaian singkat seperti skirt pendek atau t-shirt dengan kata-kata atau gambar berunsur negatif. Jika korang rasa pakaian korang agak menjolok mata bagi sesebuah kawasan beribadat korang boleh pinjam kain sarung atau skarf yang disediakan percuma kat sini.

TAHUKAH ANDA?

Nakkerd Sea View Restaurant yang terletak berhampiran Big Buddha agak sempurna untuk berehat sebentar selepas melawat, makanan di sini agak ok dari segi rasa dan harga serta pemandangannya yang sudah tentu sangat menarik.

Jalan menuju atas dalam keadaan baik dan boleh memandu ke atas tetapi ada juga sesetengah pelawat yang memilih untuk berjalan kaki dan mengambil masa sekitar 1 jam untuk sampai ke atas.

Waktu Operasi : Dari 8.00 pagi - 7.30 ptg. Jika ingin merebut suasana matahari terbenam dari salah satu spot terbaik Phuket, cuba untuk ada di lokasi pilihan sebelum jam 6.30 ptg.

Bagaimana untuk kesini: Melalui jalan utama dari Bandar Phuket menuju Chalong / Rawai / Kata, korang akan dapat lihat banyak papan tanda menuju ke Big Buddha ni dan pastinya korang takkan terlepas pandang.



SUMBANGAN BATU MARMAR DARI PELAWAT

PEMANDANGAN DARI PUNCAK

HASIL SETELAH 3 BULAN MENGUKIR



0 comments:

Post a Comment