Salam enjoy kat semua... cerita pasal Phuket, Thailand rasanya semua tau Phuket tu apa... tapi untuk yang belom pernah ke sana mesti agak susah nak merancang kan, lagi2 yang suke travel bersendirian....jangan risau sebab entry kali ni akan guide korang dengan seberapa banyak info yang boleh.
Sedikit info tentang Phuket, ianya adalah sebuah pulau terbesar di Thailand dan ada banyak pulau-pulau kecil di dalam kawasan Phuket.
Mudah je kalau nak ke Phuket, ada macam2 cara dan terpulang pada korang nak pilih yang mana..pilihan yang ada termasuk bas,keretapi,naik kapal terbang atau drive sendiri.
Paling mudah naik kapal terbang dan mendarat kat Phuket International Airport (HKT). Dari sini korang boleh ambil teksi atau bas untuk ke bandar Phuket.
Sapa yang suke jalan-jalan atau backpack..korang boleh cuba naik bas atau keretapi ke Hatyai, Thailand.
Dari Hatyai korang boleh terus ke Phuket dengan bas melalui daerah Phattalung, Trang, Krabi, dan Phang Nga. Tambang bas dari Hatyai ke Phuket adalah dari THB 535 (1st class) dan THB 344 (2nd Class).
Hatyai - Trang : 2 jam
Trang - Krabi : 2 jam
Krabii - Phuket : 3 jam
Kalau korang singgah di Krabi dan bermalam di sana, korang boleh ke Phuket menggunakan bot yang akan melalui pulau terkenal di Phuket iaitu Pulau Phi Phi. Tambang bot ke Phuket dari Krabi sekitar THB 500 - THB 650 bergantung kepada operator bot. Perjalanan menggunakan bot dari Krabi mengambil masa sekitar 1 jam.
Sampai kat Phuket tak perlu fikir banyak sebab semua ada kat sini, byk pilihan hotel dari yg berharga THB500 sampai lah ke hotel 5 bintang...
Untuk bergerak di sekitar Phuket tersangat lah senang, korang boleh naik Tuk-tuk untuk ke kawasan sekitar tapi korang kene jaga2 sikit dengan Tuk-Tuk ni..
kenapa, sebab diorang biasanya akan main harga dengan pelancong dan agak agresif bile kita mula untuk tawar menawar. jadi klu korang boleh bawak motor lagi senang klu korang sewa motor je.
Takde lesen antarabangsa xde masalah, kat Phuket ni yang penting korang pakai helmet so korang 80% selamat dari polis tempatan. Sewa motor kat sini bergantung pada motor apa yg korang sewa, dgn serendah THB200 sehari untuk motor kapcai mcm EGO, CLICK, SCOOPY-i yg cute. Korang jugak boleh sewa motor yang lebih berkuasa mcm scooter 250CC, scooter 500cc, CBR600, Versys, Yahama R1, dan jgn pelik sebab nak sewa Harley Davidson pun ada.
So kesimpulannya Phuket ni xdalah susah mana kalau nak pergi tak kira sendiri atau dengan family dan harap2 info ni berguna utk korang semua.
Next entry, kite nak guide pasal tempat2 best yg patut dan tak patut dilawati di Phuket....enjoyyyyyy.
POPULAR SCOOPY-i SCOOTER IN PHUKET |
SUPERBIKE FOR RENT IN PATONG BEACH |
Nk tny, utk naik bot dr ke krabi ke phuket, ambil di mana? 😀
ReplyDelete